Bentuk
tubuh sedikit berbulu, licin dan liat, malah dikenali sebagai ‘penghisap darah’
cukup untuk menimbulkan mimik muka berkerut, apatah lagi jika diminta memegang
atau ‘bermesra’ dengannya.
Bagi
yang biasa atau ‘bermain’ dengan hewan
daripada kelompok Filum Annelida atau cacing ini, lintah boleh dikatakan
sejenis hewan unik. Jika
satu ketika dulu lintah hanya menghuni sawah padi, kini lebih 300 jenis atau
spesies lintah dari seluruh dunia dicari, malah ramai menternaknya untuk tujuan
komersial.
Kelebihan
yang ada pada lintah menjadikan hewan itu
‘sasaran’ dan perhatian ramai. Bukan hanya berupaya merawat sakit kepala
(migrain), resdung atau kudis, tetapi juga pesakit kanker payudara, sakit pinggang, senggugut, gout, strok, kencing
manis dan darah tinggi.
Menyadari khasiatnya, lintah hari ini digunakan dalam
bidang pengobatan, termasuk untuk proses pembekaman. Melalui cara
itu darah kotor atau yang tidak diperlukan dalam badan boleh dibuang tanpa rasa
sakit dan menyusahkan.
Sama ada kepala, leher, badan atau kaki, lintah boleh diletakkan di mana saja untuk mengeluarkan darah kotor sambil seseorang itu melakukan pelbagai kerja sementara lintah menjalankan tugasnya.
Sama ada kepala, leher, badan atau kaki, lintah boleh diletakkan di mana saja untuk mengeluarkan darah kotor sambil seseorang itu melakukan pelbagai kerja sementara lintah menjalankan tugasnya.
Percaya
atau tidak, melalui proses itu, daripada bersaiz sebatang rokok, lintah boleh
membesar dan bertukar saiz sehingga tiga kali ganda atau mencecah 20 sentimeter
dengan kandungan darah kotor.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar